Pages

agoda.com INT Lazada MY

Lega

2 minggu setengah yg lepas memang saat-saat yang mencabar pada aku dan keluarga. Haha sebabnya maid nak balik bercuti raya haji sebelum continue kontrak kerja bersama keluarga aku. 

Start cuti dari 30/8 sehingga 15/9 balik ke Acheh utk bercuti bersama keluarganya. Macam-macam dalam fikiran. Dia datang balik kah nanti? Dia xnak kerja lagi ke selepas berjanji? Mcm-mcm kekhuatiran dalam kepala aku ni. Tapi Alhamdulillah. Semuanya kembali seperti sedia kala. Maid aku dah pun kembali. Semua aktiviti boleh resume seperti biasa.

Cuma cuak jugak bila flight dia tadi delay hampir sejam lebih. 😋



Selamat Hari Kemerdekaan ke 60

Apa erti merdeka? Terlepas dari jajahan penjajah? Merdeka kah kita selepas era penjajah kita masih kagum dan taksub pada sesuatu yg ada pada penjajah?. 

Soalan lagi. Kita fahamkah erti kemerdekaan? Berat.

Apa-apa pun Selamat Hari Kemerdekaan ke 60 buat semua rakyat Malaysia.



Slowdown sikit

Sebenarnya perlu ke nak mengejek org lain anjing? Bila tgk video yg viral Ultras Malaya dok chanting konon support tim Harimau Malaya tu tak perlula sampai kata negara lain anjing. Singapore anjing, Myanmar anjing. Bikin malu je la.

SEA games tu sukan je. Tgk semangat kesukanan. Kalau dah buat provokasi mcm tu kira xelokla. Kita pengajur dan tuan rumah. Mana adap kita?


Entah, korang pikirkan sendiri. 

Harga tiket ERL Putrajaya ke KLIA

Nak kata kerap sgt outstation boleh la jgk. Tapi outstation ke Sabah dan Sarawak mmg kadang-kadang. Tp belum pernah log harga tiket sehala dari Putrajaya Sentral ke KLIA. 

Sebabkan kemudahan ada di sini. Kita naia ERL. Harga tiket sehala cuma RM 9.40. Boleh la. Dari naik teksi atau pengangkutan bertayar 4 yg lain. Bagus jgk ada pengangkutan awam ni. Lega sket dari kena drive kereta. Lama2 sakit belakang juga. Semoga dapat manfaat.