Pages

Lazada MY

5 Syarat Kelayakan Yang Perlu Anda Tahu Untuk Menjadi Ahli Farmasi



PERINGATAN!. Entri ini tidak sesuai sekiranya anda ada niat dan cita-cita untuk menjadi dropout college millionaire. Just do the bussiness ya. Dont read this. But if u r lepasan SPM/Matriks/Ibu Bapa yang masih hendakkan anak mereka mengikuti cara sistem pembelajaran konservatif ini yang akhirnya akan bekerja makan gaji dan mengkayakan orang atasan. Andalah yang layak untuk baca artikel ini. Huh..... Let's start, shall we?
Sama ada anda sedar atau tidak, dunia kehidupan kita sudah semakin dinamik dan berkembang.  Ramai manusia menjual idea untuk menjadi kaya dengan berbisness. Bisnes apa? Oh Ya, bisnes online. Nak katakan mereka ini kapitalis, maybe juga.  Nak katakan mereka ini golongan terdesak, ada betulnya. Whatever it is, mereka telah pilih jalan hidup mereka. Oh yes, cara diorang tu bukan the only cara untuk hidup dalam dunia ini ya adik-adik.  So, come back to persoalan cita-cita kamu bila dewasa nanti. Apa nak jadi? Kerja apa yang sesuai dengan minat dalam diri. Kerja apa yang bila grad jer sure ada kerja. Kerja apa yang boleh bantu menambah nilai hidup orang lain. The question going on and on. Never stop.

Ramai yang cita-citanya nak jadi doktor. Ada yang nak jadi engineer. Ada yang nak jadi lawyer. Macam-macam kan. Pernah terfikir tak nak jadi Pharmacist? Ala, yang diorang momokkan sebagai pakar ubat tu.  Sekarang kalau survey bisness online takyah ada kelulusan pharmacy pun boleh jadi pakar itu ini. Ahaks, tricky sgt kat situ. :P. Basically apa itu ahli farmasi? Mari kita check Wikipedia. 

Ahli farmasi, juga dikenali sebagai farmasis adalah penjaga kesihatan profesional yang bekerja di farmasi, bidang sains kesihatan yang menumpu pada kegunaan ubat-ubatan secara berkesan dan selamat. Peranan ahli farmasi telah bertukar dari peranan pemberi "jilat, tampal, dan tuang" klasik (iaitu, "jilat & tampal label, mengira pil dan menuang cecair"), kepada ahli bersepadu bagi pasukan penjaga kesihatan yang terbabit secara langsung dengan penjagaan pesakit.[1][2] Ahli farmasi melalui pendidikan tahap universiti bagi memahami mekanisma biokimia mengenai tindakan dadah, kegunaan dadah, dan peranan terapeutik, kesan sampingan, potensi tindak balas dadah, dan parameter pemantauan. Ini digabung dengan anatomi, fisiologi, dan patofisiologi. Ahli farmasi menafsir dan menjelaskan pengetahuan khususu ini kepada pesakit, interpret and communicate this specialized knowledge to patients, doktor , dan pembekal penjagaan kesihatan yang lain.
Selain syarat perlesenan, negara berlainan memerlukan ahli farmasi memiliki samada Ijazah Farmasi atau ijazah Doktor Farmasi.
Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greek φάρμακον, pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.[1] Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[2] Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.
Sumber : Wikipedia

Nampak macam menarik kan? Tapi kelayakan yang anda perlu ada juga ketat. Sebabnya mudah. Untuk menjamin kualiti dan professionalisma.  Kelayakan-kelayakan yang perlu anda ada adalah seperti dibawah:

1.  Kelayakan akademik.  Anda perlu faham dan menepati syarat-syarat dan kelayakan seperti yang dijelaskan dalam entri INI.

2.   Anda juga perlu ada dan mahir soft skill seperti perwatakan yang positif, suka senyum, ikhlas, amanah dan berani kerana benar.  Yup, jika anda tahu ubat yang anda ingin berikan kepada pesakit itu ada kesan sampingannya, anda perlu memberitahu mereka.

3.  Anda perlu up to date dengan perkembangan semasa dunia ubat-ubatan dan perubatan.  Di luar sana terdapat saintis-saintis (ie pharmacist) yang melakukan uji kaji untuk mencipta ubat terbaru dan paling mujarab. Memanglah kita tahu tiada apa yang mujarab jika tanpa keizinan Allah S.W.T. Tapi itulah dia tugas ahli farmasi, mencari penyelesaian terhadap masalah kesihatan anda. 

4.  Anda perlu seorang yang boleh bekerjasama.  Yup, dalam dunia penjagaan kesihatan ini. There is no one man show.  Anda perlu bekerja dengan Staf Nurse, Doktor hatta makcik cleaner untuk memastikan keberkesanan ubat yang bakal anda berikan (dispense).

5.  Anda tidak boleh bersikap pasif.  Hanya disebabkan gaji anda sekarang berdasarkan time based (asal cukup tempoh naik gaji dan pangkat), anda tak bolehlah nak goyang kaki. Bila anda dinaikkan pangkat, anda perlu berfikiran kehadapan dan berfikir untuk menyelesaikan masalah peringkat atasan sesuai dengan jawatan anda. Jangan anda sudah tinggi pangkatnya tapi anda tak mahu menyumbang untuk penambahbaikkan organisasi anda.

Sebenarnya banyak lagi point yang boleh dijadikan asas yang perlu anda ada sebelum menjadi ahli farmasi. Ianya lebih kepada common sense dan attitude adjustment.  Attitude anda paling penting. Mungkin anda bukanlah academic intelligent tapi sebab anda ada attitude yang baik, anda boleh menjadi ahli farmasi yang cemerlang juga. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment