Pages

Lazada MY

Pengalaman mencari rumah di Putrajaya

[LATEST UPDATE] - Rumah untuk disewa Klik SINI atau SINI.
[LATEST UPDATE - BILIK SEWA WANITA] - Klik SINI

Mencari rumah di kawasan baru memang menyukarkan. Lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur yang rata-ratanya mahal sewanya dan harganya. Aku dah hampir 2 bulan tinggal di Kuala Lumpur sambil menantikan isteri dapat surat pindah daripada kementeriannya. Alhamdulillah, wife dah berjaya dapat kelulusan untuk berpindah ke Putrajaya. Kawasan yang bagi aku sesuai untuk menetap kerana suasananya yang bersih, teratur dan strategik. Biasalah, kawasan pentadbiran kerajaan, seharusnya perlu dikekalkan landskap dan kebersihannya. Masalahnya, tiada rumah yang mampu dibeli disini. Hampir kesemua rumah di Putrajaya adalah kuarters penduduk untuk penjawat awam yang bekerja di sini. Kawasan rumah sewa hanyalah di bahagian luar dari Putrajaya seperti Sri Kembangan, Kajang, Desa Pinggiran dan sebagainya.


Satu-satunya kawasan yang popular untuk didiami disini adalah Flat Hijau di Presint 9. Seingat aku 2 kali ronda area Putrajaya kot untuk cari rumah sewa. Semuanya penuh dan agak mahal. Bulan puasa pulak tu. Terpaksa juga cari sebab isteri dan anak kena pindah tinggal dengan aku. Takkan nak biarkan diorang duduk jauh di Manjung. Aku? Terpaksa berulang alik. Kos minyak dan tol pun nak kena hadap, hati tak tenteram terkenangkan anak dan isteri. Memang pening kepala juga bila fikirkan sangat.

So, lebih baik just go with flow, surfing internet, terjumpa sebuah flat di Presint 9 untuk dijual. Contact owner untuk lihat rumah. Lepas janji dibuat, dapat juga meninjau rumah flat tersebut di Presint 9. Deco dalam memang cantik sebab owner buat homestay sebelum ini. Fully furnised. Kiranya kalau beli masuk basuh kaki je. Cumanya, dah ada bakal pembeli lihat sebelum aku. So, aku pasrah je la. Dan memang tepat jangkaan aku yang rumah tersebut dijualkan kepada brader yang tgk mula-mula. Hmm..melepas. Tapi owner tadi offer aku untuk lihat rumahnya yang kedua dan jika aku setuju, aku boleh beli. Pergh!!..macam tak percaya je bila aku dengar owner yang baru berusia 33 tahun sudah ada lebih kurang 10 buah biji rumah area sini dan berdekatan. Memang respek. Orangnya pun pembersih sebab dari deco rumah memang dia ni jaga kualiti dan satisfaction customer.

Biasalah, full time jadi landlord ni memangla boleh buat macam tu, invest, jual, sewa or sebagainya. Income pun masyuk je. Tak perlu belajar pandai-pandai ek, belajar buat bisness lagi menguntungkan. So, nak dipendekkan cerita, selepas tgk rumah di Presint 11 berdekatan dengan projek rumah PR1MA, aku pun bersetuju untuk beli. Kawasan disini lebih puas hati bagi aku, tak kecoh seperti Presint 9. Lebih luas dan maintainance yang baik. Kawasan tak ramai penduduk asing lebih menggembirakan aku sebab di Presint 9 tadi ramai pekerja asing. Agak suram dan bising. Cumanya di Presint 9 segala kemudahan ada. Presint 11 kena drive sket kot untuk wife ke tempat kerja. 

Bagi aku, adalah lebih baik disini daripada aku sekeluarga menyewa di Bandar Sri Saujana yang agak jauh hampir 30 min ke Putrajaya dan aku hampir 45 minit ke KL tak termasuk sesak di Jalan Tun Razak. Deposit pun dah dibayar, cuma nak finance lagi RM 150K terpaksa buat loan. Mana ada cash yang banyak kalau kerja gomen ni. At least, selesai tempat nak tinggal. Hopefully loan boleh approve, InsyaAllah.

p/s: Berpindah ni ada kebaikan dan ada natijahnya, pening kepala nak uruskan perpindahan ni sebenarnya. Tapi kalau berpindah untuk kebaikan and worth it, aku tak kisah. Lagipun memang impian nak tinggal(settle down) di Putrajaya. Dulu minat Shah Alam tapi itu time budak UiTM. hehe

43 comments:

  1. Bro boleh share berapa harga rumah P11 ni? Berapa market value? Boleh pm if rasa x selesa nak bagitahu kat sini.

    Ada problem x nak tukar nama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga pasaran sebenarnya dlm rm 140 ribu. tapi owner jual 150k sebab fully furnished dan siap segala renovation. tukar nama xjadi masalah sebab rumah dah cukup tempoh matang untuk diberi kebenaran oleh perbdnan perumahan putrajaya

      Delete
    2. TQ bro. Tgh consider nak beli kat situ or Saujana Aster sbb nak address P11. Senang anak nak masuk sek 11/1. At the same time, for education fund anak yg last.

      Delete
    3. Ada satu flat di P9 owner dia nak jual. berminat?

      Delete
    4. P9 x minat, crowded n byk sgt foreigner

      Delete
    5. Yup.memang pun. saya baru pindah ke p11. sgg berpuas hati dengan fasiliti di sini. terbaik

      Delete
    6. foreigner kt presint 9 tu yg utk bekerja or study?

      Delete
  2. Hi, nak tanya, owner tu berminat x untuk sewakan rumah? boleh bagi contact details owner? tq.

    ReplyDelete
  3. Hi, nak tanya. Owner tu berminat x untuk sewakan rumah? Boleh tlg bg contact details? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RUMAh SETERES 1 TINGKAT DI DESA PINGGIRAN PUTRA...RM1000 SEBULAN
      REPLY TO FB berozamatnayan

      Delete
  4. Ade contact onwer tu tak? Tengah cari umah ni

    ReplyDelete
  5. Ade contact owner tu tak? Saya tengah cari umah gak

    ReplyDelete
  6. Ada.. cuba layari nas homestay blog : latio08.wordpress.com

    ReplyDelete
  7. Masreena dah beli rumah dah di Putrajaya... landed property sebab dah serik duduk rumah tinggi2 ni, tak larat =)

    ReplyDelete
  8. Ahaks..memang dalam perancangan. kalau ada rezeki boleh duduk landed property jgk. insyaallah

    ReplyDelete
  9. salam.. sy perlukan rumah sewa urgent sebab kena lapor diri 1 julai ini.. en, tahu ke mana2 yg ada rumah boleh di sewa? kalau ada, boleh tolong sms sy? - 012-2934373.. Maaf & Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. cik suria cuba cari di website mudah.my. kalau2 ada. di apartment saya ada yg nak sewa bilik.

    ReplyDelete
  11. Ader rumah sewa di putrajaya urgent!

    ReplyDelete
  12. Boleh tgk iklan di Mudah. Saya ada rumah di Bukit Jalil jika berminat

    ReplyDelete

  13. Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9. Putrajaya untuk disewakan
    .( Pembersih, kemas, tahu jaga harta benda dalam rumah
    Berdekatan dengan pejabat2 kerajaan.
    PICC, cyberjaya,sepang circuit F1,KLIA@LCCT,ALAMANDA
    Keutamaan diberikan kepada penyewa berkumpulan.
    Kemudahan dlm rumah:
    - aras 3
    - 3 bilik tidur , 1 bilik air, 1 tandas.
    - lantai tiles
    - ASTRO @ Ruang tamu lengkap dengan perabot, meja makan , meja kopi.
    - dapur lengkap dengan peti sejuk, dapur memasak, pinggan mangkuk, cerek elektrik
    -katil semua ada
    -kipas setiap bilik

    Kemudahan setempat:
    kedai runcit dan DLL, 7E, taman-taman, restoran mamak/tomyam/melayu, klinik,
    bomba, polis hospital, Nadi putra (bas), ERL dan banyak
    lagi.

    Kadar Sewa:
    @ sewa RM1300 sebulan (termasuk maintanance charges + sinking fund contribution)
    deposit sebulan + RM200 api air
    Hubungi : danish 017-2842174/0122376856

    ReplyDelete
  14. Wow. Taksangka sewa dah sampai nilai tu. untungla

    ReplyDelete
  15. Ada lagi tk, rumah yang nak dijual..leh share tk nak cll owner yg sepatutnya

    ReplyDelete
  16. saya pun tgh cari rumah kat Putrajaya.......terrace/SemiD......

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1000 SEBULAN RUMAH TERES DI DPP..CONTACT FB BEROZAMATNAYAN.

      Delete
    2. CONTACT FB BEROZAMATNAYAN..SEWA RUMAH TERES DI DPP RM1000 SEBULAN

      Delete
  17. Mcm interesting jerrr....hebat umur 33 tahun dah ada 10 biji rumah. Boleh bagi no telefon tak ?

    ReplyDelete
  18. boleh bg no fon owner tu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. tapi anda boleh cari dr google. Taip sahaja homestay putrajaya. cari owner nama nasir

      Delete
  19. Salam. Saya nak cari rumah sewa area putrajaya. Betol2 urgent!. Kemasukan akhir bulan ini. law ada email kan pada saya. Harap dapat consider harga murah sikit. tq. (siti_nor93@ymail.com)

    ReplyDelete
  20. Saya sedang cari rumah untuk disewa. Tuan rumah dah jual rumah yg saya sewa sekarang.
    1) Lokasi di sekitar Precint 9 atau 8, Putrajaya.
    2) Kalau bole laluan bas & dekat dengan pusat komersial.
    3) 3 + 1 rooms dan 3 bilik mandi
    4) kosong pun tak mengapa asalkan kipas, lampu, soket functional
    Buget antara RM1,000 – 1,300

    Contact saya: Pn Idah (z.zainal99@gmail.com)

    ReplyDelete
  21. Pemasangan Shower Water Heater / Drill @ Tebuk lubang Skru dinding konkrit, dinding jubin.
    Gantung Frame, PAsang wall shelf, rak, Rail langsir, pasang cermin besar, cermin kecil, cermin ikea, aksesori bilik air, pasang bracket tv....

    SY ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMASANGAN SHOWER WATER HEATER (PEMANAS AIR MANDIAN) DAN DRILL LUBANG SKRU DINDING /, PEMASANGAN BRAKET TV LCD / LED, DAN KERJA2 BERKAITAN DENGAN DRILL UNTUK KAWASAN PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITARNYA. MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI BLOG SAYA DI: http://shower-heater.blogspot.com/
    BOLEH CALL / SMS / WhatsApp SY TERUS UNTUK KETERANGAN LANJUT: 0176431977
    TQ.

    ReplyDelete
  22. Salak Tinggi Semi D for sale 800k. 01115376147 wan.

    ReplyDelete
  23. salam.. mintak tolong kalau ada yang tau.. saya sedang mencari rumah berdekatan putrajaya... kemasukan jan 2015... bujet max rm700.... pls.. thanks

    ReplyDelete
  24. Assalam,saya juga sdg mencari rumah sewa sbb dpt mengajar di Smka putrajaya presint 11. Hubungi emel: ummihuda.asri74@gmail.com

    ReplyDelete
  25. Salam, saya sedang mecari rumah sewa di desa pinggiran putra kemasukan pertengahan disember 2014 atau awal januari 2015. tlong hubungu saya 0199860116 jika ada info..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try cari di mudah.my. Buat masa ni saya tiada rumah utk disewakan

      Delete
  26. as salam saya juga sedang mencari rumah utk di sewa di putrajaya.. dah 4 bulan saya mencari.. pening kepala di butanya.. wife saya akan bertukar di putrajaya juga. jadi saya perlukan rumah sebelum 15 jan 2015 ni.. kalau sesiapa yang ada maklumat mohon wataap ke 019-7270409 ( mie ) bajet dlm 600 ke 700.. terima kasih

    ReplyDelete
  27. Tumpang, saya nak Cari condo utk disewa by may 2015 kat Putrajaya , ade tak ? Pls WA 0102219882 asap tqvm.

    ReplyDelete
  28. Pemasangan water heater, kipas siling, kipas dinding, lampu, pasang bracket tv, pasang ampaian dinding, drill lubang skru gantung frame, cermin dan sebagainya, pasang kanta / teropong pintu dan lain2... Untuk Kawasan Putrajaya.
    CALL / SMS / WhatsApp: 0176431977
    info lanjut di: http://shower-heater.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. https://www.facebook.com/New-property-203479560005638/



    Smentare kami ada promosi..boleh hubungi kami jika berminat.. cepat..jangan lepaskan peluang.. byk rumah2 baru dengan harga berpatutan menanti anda..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..
    Tumpang ye admin, memandangkan harga rumah disekitar putrajaya dan dh x mampu milik, sy ingin menawarkan unit direct developer dgn 7% discount..hanya bayar 3% deposit dan kos2 legal fee shj..harga pun murah start dr rm208,500 ke atas..apartment desaminiun flora seri kembangan hanya 15 min ke putrajaya..
    Developer ni ingin habiskan unit, sekarang macam goreng pisang panas, ramai yg beli..kalau inveator lagi la ramai..market value sana rm265k dah..so on paper buyer dh ada almost rm50k profit, bayangkan 3 tahun akan datang..unit ni boleh buat berapa byk untung..so kalau nk view jgn segan silu untuk call/pm sy: zira 012-3989958
    Cuma satu je goment loan x boleh buat.kena pakai loan bank..sya war warkan kat sini sebab nk bg peluang kepada org melayu kita, terutamanya yg muda2 tu..bila kata nk tggu 3 tahun lagi, harga kat sini pun dh x jumpa..
    InshaAllah sama2 warwarkan..pm saya utk dapatkan gambar dan details.tq
    # harga tu belom tolak diacount lagi 7%

    ReplyDelete
  31. Salam..saya tgh cari rumah kat Putrajaya.......terrace/SemiD.....kalau dapat di desa pinggiran putra..klu ada mohon contact sy..0175221998..

    ReplyDelete
  32. Slm. Saya mencari penyewa utk bilik condo servis residence di Putrajaya. RM 275/seorang. Sharing room. Condo fully furnish siap dgn washing machine and dryer aircond n byk lg. Fasiliti swimming pool gym n sauna.

    Utk transit rm80/head/night. Bole wsp sy utk tgk gmbr mdm shu - 012-6837139
    Tq

    ReplyDelete