Pages

Lazada MY

Strategi Lautan Biru?? Siapa faham??


BOS?

Blue Ocean Strategy?

Korang pernah dengar  atau baca tentang Strategi Lautan Biru?? Apa benda ni? Pernah tak tgk iklan yang paparkan kejayaan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan NKRA (National Key Result Area) – Menjadikan Malaysia negara yang lebih selamat untuk didiami?.. 2 Organisasi besar ini melaksanakan tugas yang diletakkan dalam salah satu NKRA kerajaan dengan menggunakan Strategi Lautan Biru?

So, apa dia ni Strategi Lautan Biru? Hish tak paham la. Ok, sebenarnya strategi ni adalah direka untuk membezakan dengan Strategi Lautan Merah. Kenapa merah pulak ni? Merah sebab berdarah, mati, luka, berdarah berlawan sesama pesaing ke? Tak paham? Ok, kita fahamkan satu2 dulu.


Apakah itu Strategi Lautan Biru?

  • Lautan Biru adalah perumpamaan yang dibuat untuk semua industri, langkah-langkah, idea, perniagaan dan apa jua rekaan yang tidak wujud pada hari ini.

‘Blue Oceans denote all industries NOT in existence today’

  • Dari segi aspek perniaagan, ia membawa maksud ruang perniagaan yang belum diketahui.

‘The unknown market space’

  • Dari segi perspektif perniagaan, sesuatu yang tiada lagi persaingan.

Untainted by Competition’

  • Dalam Launtan Biru, PERMINTAAN adalah direka dan bukannya direbut.

‘Demand is created, not fought over’


Tak Nampak lagi? Tak paham?Baca lagi.

Strategi dunia koperat sekarang banyak terpengaruh dengan strategi ketenteraan yang berkisar kepada konfrantasi dan perebutan dengan pesaing dan diharap dapat menyingkirkan pesaing setelah ianya tewas.

Jadi itulah yang dinamakan Strategi Lautan Merah –perumpamaan yang diberikan kepada dunia koperat/perniagaan yang penuh dengan perebutan pelanggan, permintaan dan juga status. Oleh itu, pesaing yang berdarah (tewas) akan tidak dapat bangun kembali jika ia masih dalam lautan yang sama.


Perbezaan BOS dan ROS
Kenapa perlu beralih kepada Strategi Lautan Biru?


Macam mana Apple Inc selepas Jobs
Konsep pengurusan Strategi Lautan Biru ini telah digunapakai oleh cerdik pandai dunia. Sebagai contoh, mendiang Steve Jobs. Ada 3 cara utama beliau menguruskan syarikat Apple Inc. Antaranya adalah :

1. Fikir berbeza
Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. 

Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

2. Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya. 

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

3. Keep it simple
Permudahkan perniagaan. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.  Info kredit to Irfan Khairi.

Ok, keep it simpe bukan bermakna terlalu simple, tapi seperti yang Albert Enstein pernah bagitahu dalam dia punya famous quotes,

Everything should be made as simple as possible, but not simpler’
-Albert Enstein.

Jika anda masih tidak faham, anda ambil contoh Apple Inc yang terlebih dahulu mencipta telefon pintar dan peranti gajet yang canggih seperti iPad. Ketika itu tiada saingan, produk yang menarik ini menarik/mencipta permintaan (demand). Demand bersamaan keuntungan. Kemana perginya semua demand ini, Ya, kesemuanya ke Apple Inc. Sekarang hanya ada satu saingan daripada Samsung. Selepas ini, mungkin ada syarikat yang lain yang mampu bersaing. Jika and abaca mengenai Steve Jobs dan cara beliau bekerja, penulis boleh 100% jamin yang beliau akan create new gajet yang tiada saingan langsung setelah generasi gajet seakan iphone, ipad ada saingan.


Segak tu
Salah satu contoh lain yang baik daripada Malaysia adalah Tan Sri Tony Fernandez, idea membangunkan syarikat Air Asia menggunakan slogan ‘ everyone can fly’ dengan bujet tambang murah mampu membina empayar dan membeli Queens Park Ranger. Tiada seorang pun yang yakin Air Asia boleh survive jika hanya mengenakan tambang murah kepada pelanggannya. Not even Tun Dr Mahathir. Tapi Tan Sri Tony membuktikan, ada sesuatu kelainan yang mampu buatkan Air Asia kekal bertahan, jaringan sosial Tan Sri juga merupakan factor utama, lihat saja ikatan beliau dengan Sir Brandon (pemilik Virgin Airline) yang sekarang ini mengusahakan pernerbangan ke angkasa lepas. Angkasa Lepas? WTH?? Tapi itulah prinsip blue ocean yang diorang peraktikkan. Think different! Contoh utama think different Tan Sri Tony adalah penjenamaan Air Asia kepada setiap pengadil di Barclays Premier League. Mana pernah satu syarikat sebelum ini yang menaja pengadil?? Tapi Tan Sri nampak peluang itu kerana setiap perlawanan akan ada pengadil, cukuplah sekadar logo kecil disisi bahu pengadil tapi sudah cukup untuk promosikan Air Asia pada setiap perlawanan. SETIAP perlawanan! JUMLAH penonton setiap minggu dan setiap perlawanan usah dikirala. Ratusan juta penonton. Jika hanya menaja satu pasukan, mungkin tidak sebanyak penonton setiap perlawanan. Betapa bijaknya CEO Air Asia ini.


Bijak2
So, berbalik kepada Strategi Lautan Biru yang dilakukan oleh PDRM dan ATM, apa kena mengenanya? Ya, sebagai organisasi kerajaan yang bukan profit maker, kejayaan strategi ini sukar untuk dinilai. Tetapi ianya boleh dinilai dengan pengurangan jumlah jenayah dan feedback yang baik dari warga Malaysia. So, rakyat akan lihat bahawa tugas mengawal keselamatan negara tidak hanya dibebankan kepada PDRM, tetapi secara effektif dan kolektif diberikan juga kepada ATM. Banyak penjimatan yang kerajaan boleh buat, seperti contoh, rekrut2 polis menjalani latihan mereka di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson. Tidak perlu kerajaan membina satu lagi pusat latihan hanya untuk polis. Kerjasama seperti ini yang belum dibuat lagi oleh mana-mana organisasi inilah yang dinamakan Strategi Lautan Biru. Faham dah? Jika tidak, boleh emel tanya part yang tak paham tu. Hehe

p/s: Sebenarnya jika organisasi koperat melaksanakan strategi ini, memang banyak keuntungan yang boleh dibuat. Itu sebab kita digalakkan oleh kerajaan untuk mereka cipta, mereka inovasi supaya kita boleh buat untuk atas hasil ciptaan yang belum pernah ada.

p/s/s: Dari sudut dunia blogging, aktiviti ini jika kena tempat dan strateginya boleh manfaatkan blogger seperti contoh niche blog yang ada kelainan, peluang perniagaan yang ditawarkan, serta networking kukuh yang dapat membina jenama. InsyaAllah..


16 comments:

  1. cukup berinformasi. memang perlu ade kelainan untuk berjaya cuma sebelum tu kena rajin buat research ;) thanks tau bagi goodies yang sangat berguna tu.

    ReplyDelete
  2. betul tu...dlam dunia blogging janganlah terikut-ikut N3 blogger yang fofolur.baik ada identiti sendiri ..itu lagi baik dari copy and paster. tq sekali lagi gift dari kamu tu

    ReplyDelete
  3. entry yang bagus.

    sy nk buka klinik berkonsep lah.

    ReplyDelete
  4. darus = ok jgk tu, saya nak buka farmasi dan klinik sebelah menyebelah. Kalau ada rezeki la. Rancang saja.

    ReplyDelete
  5. idea yang bagus jugak. macam mini hospital kan? :)

    ReplyDelete
  6. Darus : ahaks, lebih kurang la. Harap2x pharmacist dapat dispensing right.. Ops..marah doktor2 kat luar nanti. hehe

    ReplyDelete
  7. gambar last tu memang suka. kalaulah ada satuu..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ulasan yang penuh informasi ini... sebelum ni mmg x faham apakah maknanya Blue Ocean Stategy (0BOS).... skrg dah jelas...teruskan memberi maklumat yang berguna kepada org seperti saya...TQ..

    ReplyDelete
  9. mcm ni yea cerita dia.. ingatkan apa yg biru tu..
    kira bagus strategi ni.. boleh di belajar lagi ni..

    ReplyDelete
  10. Tq 4 sharing nice info...ni kra summary pd BOS..sgt mmbri mnfaat coz sy pn xsmpt hbs bc buku tu lg..ulasan yg mnrik..snng dfhmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, ni kiranya ringkasan dia. Baguslah jika ini dapat membantu

      Delete
    2. saya nk tnye. . ape kekurngan BOS nie

      Delete
    3. saya nk tnye. .ape kekurangan BOS nie . . .

      Delete
  11. tq..byk sgt membantu..harap leh jwab exam ngan baik esok..

    ReplyDelete
  12. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada penulis yang mau berbagi informasi. Saya berharap penulis berkenan memberi ilmu / informasi yang bermanfaat lainnya sehingga para pembaca bisa mengerti / faham.
    Salam dari Indonesia
    Dudi Pramuraharjo

    ReplyDelete